suria

Doktor Malaysia cabul 4 pesakit lelaki diusir dari New Zealand

Seorang doktor warga Malaysia diusir pulang dari New Zealand selepas menjalani hukuman penjara lima tahun.

SEORANG doktor warga Malaysia yang menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan mencabul pesakitnya secara seksual diusir pulang dari New Zealand.

David Lim Kang Huat disabitkan kesalahan pencabulan seksual terhadap empat lelaki muda ketika dibius di sebuah klinik di Hastings, pada 2014.

Kesemua empat mangsa yang dibius dengan ubat bius, memberitahu Mahkamah Daerah Napier pada 2017 bahawa ketika sedar, doktor itu didapati meraba alat sulit mereka.

Keputusan terkini Lembaga Parol menyatakan bahawa David Lim tidak akan dibenarkan pulang ke New Zealand.

Menurut laporan New Zealand Herald, rakyat Malaysia berusia 46 tahun yang kini mengakui dirinya bertukar jantina menjadi wanita, menjalani hukuman penjara lima tahun dan masih menafikan tuduhan terhadapnya.

David Lim telah diberikan perintah pengusiran semasa dipenjarakan.

Doktor kelahiran Malaysia itu menjalani latihan perubatan di Scotland sebelum tiba di Hawke's Bay, Napier untuk berkhidmat dalam perubatan pada 2006.

Pada 26 Januari, keputusan Lembaga Parol susulan perbicaraan di Penjara Tongariro memaklumkan bahawa David Lim terus menafikan kesalahannya.

"Penglibatannya dengan perkhidmatan psikologi adalah untuk membangunkan pelan keselamatan dari perspektif penafian," kata pengatur panel Tania Williams-Blyth yang dipetik sebagai berkata dalam keputusannya.

Williams-Blyth berkata, David Lim dibebaskan pada tarikh tamat hukumannya pada 1 Jun.

Jurucakap Kementerian Perniagaan, Inovasi dan Pekerjaan (MBIE), di mana agensi di bawahnya Jabatan Imigresen New Zealand, mengesahkan David Lim diusir pulang pada 3 Jun. - The Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain