suria

Azam Baki syukur keputusan SC, akan teruskan tugas KP SPRM

Azam Baki bersyukur dengan keputusan inkuiri SC. foto IZZRAFIQ ALIAS/The Star

KETUA Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki bersyukur dengan keputusan Suruhanjaya Sekuriti (SC) yang mendapati 'beliau tidak melakukan kesalahan' berhubung isu pemilikan saham.

"Saya telah dimaklumkan oleh SC bahawa siasatan terhadap perkara itu telah dimuktamadkan. Oleh yang demikian, pihak suruhanjaya telah menutup fail inkuiri tersebut.

"Dengan itu, saya akan meneruskan tanggungjawab sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk membanteras gejala rasuah di negara tanpa mengira darjat atau pangkat," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Kontroversi pemilikan saham, Azam Baki minta semua bersabar

ARTIKEL BERKAITAN: "Saya akan lawan" - Azam Baki

Suruhanjaya Sekuriti (SC) merumuskan bahawa berdasarkan siasatan, ia tidak dapat membuktikan terdapat pelanggaran berhubung pemilikan saham menerusi akaun dagangan Azam.

"SC merumuskan bahawa berdasarkan siasatan, tidak dapat membuktikan terdapat pelanggaran di bawah Seksyen 25(4) Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA)," menurut SC dalam kenyataan pada Selasa.

Baru-baru ini timbul dakwaan bahawa Azam memiliki sejumlah besar saham dalam dua syarikat antara 2015 dan 2016 ketika beliau menjadi pengarah siasatan SPRM. - The Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain