suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tawar servis dengan caj RM180, 4 lelaki ditahan berkaitan pemalsuan sijil vaksin di Kelantan

Dalam serbuan itu, polis turut merampas kad vaksin bersama dokumen lain.

EMPAT suspek, termasuk pengendali sebuah klinik swasta, telah ditahan berhubung pemalsuan sijil vaksin Covid-19.

Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata, suspek berusia antara pertengahan 30-an dan awal 60-an itu merupakan penjual dan pembeli.

ARTIKEL BERKAITAN: Sijil vaksin palsu: 5 pembeli sedia jadi saksi

“Antara 1 Oktober hingga 11 Januari, kami menerima empat aduan daripada sumber berbeza mengenai pengeluaran sijil vaksin yang disyaki palsu oleh sebuah klinik swasta di sini.

“Siasatan mendapati klinik itu menawarkan perkhidmatan sedemikian dengan caj RM180 untuk setiap rekod,” katanya.

Selain itu, semakan lanjut menunjukkan empat individu yang dikatakan menerima suntikan vaksin tidak mempunyai rekod pada aplikasi MySejahtera mereka.

Dalam serbuan itu, polis turut merampas kad vaksin bersama dokumen lain.

Malah, dia turut menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai pemalsuan sijil vaksin untuk tampil ke balai polis berhampiran. - The Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain