suria

Negara catat 18,688 kes baharu hari ini, catat rekod tertinggi 360 kematian

Malaysia catat 18,688 kes baharu Covid-19 hari ini.

MALAYSIA mencatatkan penurunan kes Covid-19 apabila 18,688 kes baharu dicatatkan hari ini.

Negara mencatatkan angka tertinggi pada Jumaat dengan 20,889 kes baharu.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini sebanyak 1,262,540 kes setakat ini.

Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan rekod tertinggi 360 kematian hari ini, mengatasi rekod 257 kematian yang dicatatkan 4 Ogos lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: 19,257 kes baharu, jumlah keseluruhan 1.24 juta jangkitan

ARTIKEL BERKAITAN: 200,000 nyawa melayang angkara Covid-19, vaksin Johnson & Johnson kini diluluskan

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Selangor kekal merekodkan jumlah kes harian tertinggi dengan 6,565 kes diikuti Kuala Lumpur (1,883 ), Kedah (1,610) dan Sabah (1,379).

Johor pula mencatatkan 1,308 kes baharu disusuli, Negeri Sembilan (1,140), Kelantan (870), Perak (861), Pulau Pinang (694), Pahang (602), Terengganu (598), Sarawak (581), Melaka (526), Wilayah Persekutuan Putrajaya (63), Perlis (6) dan Wilayah Persekutuan Labuan (2).

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Covid-19, KKM, Kes baharu

Artikel Lain