MEMAHAMI situasi sukar yang dihadapi rata-rata golongan rakyat lantaran penularan pandemik Covid-19, Agrobank sebagai peneraju dalam pembiayaan pertanian dan perbankan melaksanakan tanggungjawab sosialnya kepada masyarakat. Mengambil langkah proaktif, Agrobank menjalankan inisiatif 'Agrobank dan Komuniti' yang dibangunkan khas dengan kerjasama beberapa usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bank tersebut. Menerusi insiatif berkenaan, mereka mengedarkan kotak makanan kepada kira-kira 1,600 penerima yang memerlukan di seluruh negara merangkumi kesemua lapan wilayah di bawah Agrobank. Menurut Penanggung Tugas Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Khadijah Iskandar, inisiatif tersebut bertujuan membantu meringankan beban segelintir masyarakat yang terkesan akibat hilang punca pendapatan sepanjang tempoh penularan pandemik. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Agrobank amat cakna dan prihatin akan permasalahan yang dihadapi oleh segelintir masyarakat ketika tempoh penularan pandemik ini seperti hilang punca pendapatan atau pendapatan berkurang disebabkan potongan gaji oleh majikan dan menyedari situasi ini, pihak bank telah mengambil inisiatif untuk bekerjasama dengan usahawan PKS Agrobank menerusi inisiatif 'Agrobank dan Komuniti' yang memberi manfaat kepada 1,600 penerima di seluruh negara dengan jumlah keseluruhan sumbangan bernilai RM100,000. Penyerahan sumbangan Program Agrobank dan Komuniti kepada Mohamad Nazmi Hashim, Pengerusi Pertubuhan Ummah Sejagat & AJK KRT Penduduk Rasa, di Rasa, Hulu Selangor oleh Norfadilah Harun, Pengurus Cawangan Kuala Kubu Bharu Agrobank. "Apa yang menarik mengenai program ini ialah, Agrobank dapat membantu usahawan PKS kami meneruskan kesinambungan perniagaan mereka dengan kami membeli hasil pengeluaran mereka bagi tujuan inisiatif ini. "Usahawan tersebut juga berpeluang untuk turut sama menyumbang sedikit hasil daripada jualan perniagaan mengikut kemampuan mereka kepada golongan yang memerlukan pada waktu sukar seperti sekarang ini," katanya. Sumbangan yang diberikan kepada penerima merupakan bahan makanan asas seperti beras, gula, tepung dan lain-lain. Manakala barangan ini pula dibeli secara terus oleh pejabat wilayah Agrobank daripada usahawan PKS Agrobank di kawasan setempat. Dalam pada itu, Agrobank turut mengedarkan 7,000 cenderahati dan korporat ekslusif kepada penerima vaksin di lima lokasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di sekitar Lembah Klang sepanjang bulan Julai 2021. Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha Agrobank untuk menghargai komitmen penerima vaksin yang menjalankan tanggungjawab mereka dalam menjayakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dan seterusnya menyumbang kepada pembentukkan imuniti kelompok (herd immunity) di Malaysia. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!