suria

Lelaki positif Covid-19 meninggal dunia ketika jalani kuarantin di rumah

Mayat mangsa ditemui sedang terbaring dalam sebuah bilik di tingkat satu kediaman berkenaan. Gambar hiasan

SEORANG pesakit Covid-19 yang sedang menjalani kuarantin di rumahnya ditemui meninggal dunia, pada Jumaat.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor, mayat lelaki berusia 41 tahun itu ditemui sedang terbaring dalam sebuah bilik di tingkat satu kediaman berkenaan.

Terdahulu, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 9.26 malam dan sepasukan anggota ke rumah mangsa yang terletak di Taman Indah Jaya, Petaling Jaya.

"Anggota bertugas bertindak mengangkat mayat keluar dan menyerahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Menerusi siasatan awal, mangsa dijangkiti wabak Covid-19 daripada dua lagi adiknya yang turut tinggal di kediaman yang sama, sebelum diarahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menjalani kuarantin di rumah.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Mangsa didapati positif wabak berkenaan menerusi ujian saringan yang dilakukan pada 29 Julai lalu.

"Pada hari kejadian, mangsa dikatakan meracau dan sukar bernafas sekitar pukul 5.30 pagi.

"Pada jam lebih kurang 12.30 tengah hari, adik mangsa mengejutkannya untuk memesan makanan dan mendapati dia sudah tidak sedarkan diri serta disyaki meninggal dunia," katanya. - SINAR HARIAN

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain