suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Covid-19: 19,257 kes baharu, jumlah keseluruhan 1.24 juta jangkitan

Kes baru Covid-19 menurun ke 19,257 hari ini.

MALAYSIA mencatatkan penurunan kes Covid-19 apabila 19,257 kes baharu dicatatkan hari ini.

Negara mencatatkan angka tertinggi semalam (Jumaat) dengan 20,889 kes baharu.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini sebanyak 1,243,852 kes setakat ini.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Selangor kekal merekodkan jumlah kes harian tertinggi dengan 7,084 kes diikuti Kuala Lumpur (2,450), Kedah (1,414) dan Sabah (1,255).

Johor pula mencatatkan 1,182 kes baharu disusuli, Pulau Pinang (959), Kelantan (930), Negeri Sembilan (884), Perak (774) dan Pahang (714).

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata sebanyak 210 kematian dicatatkan hari ini, menjadikan jumlah terkumpul korbanmeningkat kepada 10,389 kes.

Jumlah pesakit sembuh pula sebanyak 16,323 manakala 1,097 pesakit berada di unit rawatan rapi (ICU) dengan 575 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Covid-19, KKM, Selangor

Artikel Lain