suria

Covid-19: 85 kes positif dikesan di Parlimen, enam daripadanya dipercayai varian Delta

Sebanyak 85 kes positif Covid-19 dikesan di Parlimen setakat ini. Gambar hiasan

KEMENTERIAN Kesihatan mengesahkan pertambahan kes positif Covid-19 yang berkait dengan Sidang Mesyuarat Khas Parlimen beberapa hari lalu, menjadikan jumlah jangkitan meningkat kepada 85 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata sekurang-kurangnya enam kes dipercayai merupakan varian Delta yang dikesan melalui saringan ujian PCR Genotyping Assay.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: 11 kes positif di Parlimen pada Khamis

"Sehingga kini, secara keseluruhannya terdapat 85 kes positif Covid-19 (disahkan dengan ujian RT-PCR) di mana 56 kes telah dikenal pasti hasil saringan Pra-Dewan Rakyat dan empat kes kontak rapat.

"Manakala 17 kes dikesan berkaitan semasa persidangan Dewan Rakyat (sembilan kes telah dilaporkan sebelum ini dan lima kes baharu dilaporkan di antara 30 Julai sehingga 5 Ogos 2021 serta tiga kes kontak rapat) dan lapan kes saringan Pra-Dewan Negara,"kata Dr Noor Hisham dalam satu kenyataan pada Jumaat.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Beliau juga mengatakan terdapat satu kes kontak rapat di mana pesakit berusia tujuh tahun.

Menurutnya, hasil siasatan KKM setakat ini mendapati bahawa besar kemungkinan perkongsian kemudahan asas seperti tandas dan surau oleh ramai individu telah memberi risiko kepada penularan jangkitan Covid-19 di Parlimen. - THE STAR

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Parlimen, varian Delta, KKM

Artikel Lain