suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Takziah... Ketua Pemuda PH meninggal dunia kerana Covid-19

Allahyarham Shazni Munir meninggal dunia selepas berminggu-minggu bertarung dengan Covid-19.

KETUA Pemuda Pakatan Harapan (PH), Shazni Munir Mohd Ithnin, yang juga Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah), meninggal dunia kerana Covid-19, pada Jumaat.

Berita kematiannya diumumkan menerusi satu hantaran di laman Facebook parti itu sebentar tadi.

"Dukacita dimaklumkan bahawa sahabat dan rakan perjuangan kami, saudara Shazni Munir, Ketua Pemuda Amanah Nasional telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.

"Mohon doa dan sokongan daripada semua agar keluarga beliau kuat lalui ujian ini," demikian menurut kenyataan yang dibuat oleh Setiausaha Pemuda Amanah Nasional, 'Asim 'Abdullah, di laman berkenaan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Allahyarham Shazni Munir terdahulu dilaporkan berminggu-minggu bertarung dengan Covid-19 kategori 5 dan berada dalam keadaan kritikal.

Isteri dan anak-anak Allahyarham juga positif dan sedang menjalani kuarantin di rumah.- THE STAR

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain