suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Berita baik! Pasangan jarak jauh lengkap 2 dos vaksin boleh rentas negeri mulai Selasa... solat berjemaah, melancong dalam negeri dibenarkan

Muhyiddin berkata, kemudahan-kemudahan itu akan berkuatkuasa mulai Selasa, 10 Ogos ini.

PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan kemudahan-kemudahan bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap.

Dalam Perutusan Khas yang disiarkan pada Ahad petang, Muhyiddin berkata kemudahan-kemudahan itu akan berkuatkuasa mulai Selasa, 10 Ogos ini.

Perdana menteri turut menjelaskan maksud lengkap dos vaksin adalah seperti berikut:

- Vaksin jenis dua dos suntikan (Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac) : Telah melepasi hari ke-14 dari tarikh suntikan dos kedua.

- Vaksin jenis satu dos suntikan (Johnson & Johnson dan CanSino) : Telah melepasi hari ke-28 dari tarikh suntikan.

Berikut merupakan perincian pengumuman tersebut:

- Pengembara warganegara Malaysia dan bukan warganegara Malaysia yang lengkap vaksinasi yang pulang atau tiba dari luar negara dibenarkan menjalani kuarantin di rumah.

- Suami isteri yang juga pasangan jarak jauh (PJJ) yang lengkap vaksinasi dibenarkan merentas daerah atau negeri untuk bertemu pasangan masing-masing

- Ibu bapa yang lengkap vaksinasi dibenarkan merentas daerah atau negeri untuk berjumpa dengan anak yang berumur 18 tahun ke bawah.

- Aktiviti solat dibenarkan di masjid atau surau bagi jemaah yang telah menerima vaksin lengkap.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

- Kemudahan ini juga diberikan kepada penganut bukan Islam untuk menghadiri rumah-rumah ibadah.

Kerajaan juga bersetuju memberikan kemudahan-kemudahan bagi sektor sosial kepada individu yang telah menerima vaksinasi lengkap dan menetap di negeri-negeri dalam Fasa 2 dan seterusnya.

Berikut merupakan perincian untuk negeri fasa 2 dan seterusnya:

- Aktiviti rentas daerah dibenarkan dengan menunjukkan kepada petugas keselamatan di sekatan jalan raya sijil digital vaksinasi Covid-19.

- Aktiviti dine-in makan dalam restoran turut dibenarkan

- Aktiviti sukan dan riadah tanpa sentuhan fizikal dan bukan berkumpulan (outdoor) dibenarkan bermula 6 pagi hingga 10 malam.

- Aktiviti dine-in di restoran atau kafe di premis club house adalah dibenarkan selaras dengan kebenaran dine-in

- Aktiviti pelancongan dalam negeri yang sama dibenarkan, melibatkan homestay dan hotel.

Kata perdana menteri lagi, perincian lengkap kemudahan-kemudahan yang diumumkan itu akan dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam masa terdekat.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain