Sata Inti Ikan Lebih Taruhan Fikri Di Bazar Ramadan USJ 4

SUBANG JAYA: "Sata, mari beli sata! Fresh, panas-panas! Inti ikan lebih bang!"

Itulah ungkapan yang berulang kali dilaungkan pengusaha gerai sata untuk menarik pengunjung yang hadir di bazar Ramadan USJ 4, dekat sini.

Pemuda berusia 24 tahun yang juga pemilik KCIK Resources, Muhammad Fikri Mohd Yunus itu berkata, sata yang dijualnya lebih istimewa dan berbeza berbanding sata lain kerana kuantiti inti ikannya lebih.

"Sata ini ikut tempat... Ada yang jual inti lebih tepung sahaja, ada yang lebih kelapa. Tetapi sata yang saya jual  sememangnya inti ikannya lebih dan rasa pedas dan lembut yang memang dinantikan pelanggan.

"Saya memang menitikberatkan kepuasan pelanggan, jadi saya lebihkan inti ikan dan kurangkan penggunaan tepung supaya rasa sebenar sata dapat dinikmati," katanya ketika ditemui pemberita di bazar Ramadan USJ 4, di sini, pada Khamis.

Fikri melayan sendiri penlanggan di gerainya di Bazar Ramadan USJ4.

Tambah Muhammad Fikri lagi, sudah lima tahun beliau menjalankan perniagaan sata di bazar Ramadan USJ4 ini kerana sambutan baik pelanggan.

"Pengunjung bazar ini dah tahu mengenai gerai sata saya di Asia Cafe Seksyen 15 Subang Jaya yang membekal sata dan ada juga pelanggan tetap yang akan datang membeli setiap hari," katanya.

Katanya lagi, stok sata yang dijualnya itu diperoleh dari kampung kelahirannya di Besut, Terengganu.

Sepanjang Ramadan ini, kata Muhammad Fikri, lebih 1,000 cucuk sata boleh dijual setiap hari.

"Sebenarnya saya bukan sahaja menjual sata, tetapi otak-otak dan juga pulut panggang. Semuanya dihasilkan sendiri.

"Tambah lagi, saya akan sediakan lebih 1,000 cucuk untuk sata, otak-otak dan juga pulut panggang setiap hari sepanjang bulan puasa pada harga tiga cucuk RM10 (sata) dan 12 keping RM10 (otak-otak dan pulut panggang).

"Nampak macam banyak kan? Tapi percayalah, kesemua jenis makanan ini akan habis dalam masa sehari sahaja," jelasnya sambil memberitahu bahawa gerainya akan dibuka seawal jam 12 tengah hari bagi memudahkan kerja-kerja pembakaran.

Selain itu, kata Muhammad Fikri, dia juga mempunyai cawangan perniagaan di sekitar Lembah Klang dan Johor Bahru, dan mendapat tawaran untuk membuka cawangan di pantai timur.

"Setakat ini, saya ada hampir 26 gerai," katanya yang menjadi pembekal otak-otak dan sata.

Perniagaannya yang semakin pesat membangung pada usia muda mendorong Muhammad Fikri untuk menyarankan golongan belia berusaha menceburi perniagaan.

"Saya bersyukur kerana dimurahkan rezeki pada usia muda.

"Malah tidak mustahil untuk golongan remaja yang ingin menjadi usahawan muda, asalkan mereka mempunyai minat dan berdisiplin," katanya.

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, Fakri boleh hubungi di talian 018-7888138.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Agar-Agar Cermin

Klik

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain