suria

Terokai 15 Gerai Di The Saujana Hotel KL Sempena Ramadan

THE Saujana Hotel Kuala Lumpur (KL) menjanjikan satu kelainan kepada anda yang inginkan suasana berbuka puasa yang tenang dan romantis sambil bersaksikan cahaya bulan dan bintang.

Sebanyak 15 gerai yang menyajikan lebih kurang 140 jenis hidangan tradisional Melayu, sajian Barat dan Timur Tengah akan dibuka sepanjang Ramadan ini.

Suasana gerai untuk bufet Ramadan di The Saujana Hotel KL.


Lokasi strategik yang menghadap pemandangan kolam renang hotel dan keindahan alam semulajadi menjadikan ia antara lokasi berbuka puasa yang wajib dikunjungi.

Menepati citarasa ramai dan berbaloi untuk wang anda, antara hidangan utama yang ditawarkan adalah seperti Nasi Minyak dengan Kacang Hijau, Ayam Rendang, Pucuk Ubi Masak Lemak Cili Api dan Udang Masak Tomato.

Udang masak tomato.


Selain itu, pelanggan berpeluang menikmati keenakan hidangan Ketam Masak Lemak Cili Padi, Daging Kicap Berempah, Gulai Masam Ikan Tenggiri dengan Terung Hijau, kerabu mangga muda, nasi kerabu kukus bersama ikan tongkol dan ikan bakar.

Terdapat juga ulam-ulaman dan juga sambal untuk melengkapi hidangan makanan tradisional Melayu. 

Ulam-ulaman bagi pengemar hidangan ini.


Bagi pencuci mulut pula kuih-muih tradisional dengan pelbagai variasi bersama dengan dessert manis dari garapan citarasa barat seperti Assorted French Pastries, Bread Croissant Pudding, Cheese Cake, Mango Flan Cake, Rasberry Agar-Agar Santan dan Dodol turut disediakan.

Semua hidangan di gerai ini di sediakan panas dan segar untuk tetamu yg dtg menikmati buffet Ramadhan ini.

Buah-buahan sebagai sajian pencuci mulut.

Promosi bufet Ramadan di sini bermula pada harga RM115 untuk dewasa dan RM57.50 bagi kanak-kanak berusia di antara umur 6 hingga 12 tahun.

Tempahan akan mula dibuka pada 28 Jun hingga 27 Julai ini.

Bagi anda yang membuat tempahan melebihi 20 orang, diskaun sebanyak 10 peratus akan diberikan.

Ramadan, The Saujana Hotel KL

Artikel Lain