suria

Menu Masakan Arab Istimewa di Restoran Dima

Nasi Mehndi Ayam menu istimewa di Restoran Dima.

PERKARA pertama yang akan membuatkan anda terpesona dengan Restoran Dima adalah menu masakan arabnya yang cukup istimewa. 

Restoran Dima adalah tempat sesuai untuk bersantai bersama keluarga dan rakan-rakan. Cawangan pertama restoran ini dibuka di Melaka kira-kira enam tahun yang lalu. 

Pengarahnya, Mohd Hasnul Ismar berkata mereka mempunyai empat cawangan termasuk yang baru dibuka di Ara Damansara pada Jun tahun lalu. 

"Ini merupakan satu kejutan apabila kami mendapati kira-kira 42 % daripada pelanggan kami berbangsa Cina. Sementara di tiga lagi cawangan kami, 30 % hingga 40% pelanggan kami adalah orang Arab," katanya. 

Pengasas restoran, Salem Abdul Mohesen berasal dari Yaman merupakan seorang chef terkenal di negara kelahirannya sebelum dia berhijrah ke Malaysia.

Mohd Hasnul, yang merupakan salah seorang daripada empat pemegang saham restoran berkenaan, berkata dia menceburi perniagaan tersebut sejak empat tahun lalu. 

"Saya tidak boleh lupakan keenakan masakan Arab. Saya sangat rindukan masakan Arab sejak berhijrah ke Malaysia selepas enam tahun bekerja di Dubai," katanya. 

Selepas memulakan perniagaan ini Mohd Hasnul mula memperkenalkan beberapa menu utama dan sampingan.

Salah satu menu utama restoran ini ialah, D'zurbiyan Lamb, yang didatangkan dalam tiga saiz hidangan iaitu, kecil (RM22), sederhana (RM40) dan besar (RM78). 

Mohd Hasnul berkata mereka hanya menggunakan kambing yang diimport khas dari New Zealand kerana mereka ingin menjaga kualiti makanan tersebut. 

"Nasi dimasak dengan beberapa jenis herba dan rempah ratus dan selepas itu dagingnya digaul bersama nasi berkenaan," katanya. 

Kambing tersebut dimasak dengan sempurna sebelum dipotong dengan hirisan kecil. 

Nasi juga boleh ditempah bersama ayam pada harga - kecil (RM14), sederhana (RM27) dan besar (RM50). 

Masakan istimewa masyarakat Arab ialah Mandi Chicken turut dimasak menggunakan kaedah tradisional. 

Harga yang sama turut dikenakan bagi menu D'zurbiyan yang disediakan bersama dengan kambing. 

Mohd Hasnul berkata restoran tersebut mempunyai ketuhar istimewa untuk memasak daging panggang mengikut kaedah tradisional yang sering digunakan untuk memasak masakan Arab. 

Menu lain yang turut dicadangkan ialah humus dan roti Arab (RM8). 

Humus yang disediakan sangat lembut dan berkrim. 

Menu seperti daging ayam, lembu dan kambing panggang turut disediakan dan ia boleh didapati pada harga (RM22, RM39, dan RM74) .

Antara pencuci mulut yang disediakan pula Kunafa (RM5). Ia diperbuat daripada mentega, soo hoon, dan 'whippied cream' serta mayonis. Mereka yang sukakan kurma pasti menggemari menu ini. 

Disamping itu juga, restoran ini turut menyediakan minuman istimewa iaitu Coklat Avacado (RM10) dan jus buah-buahan (RM10). 

Untuk maklumat lanjut anda boleh melayari laman web, www.dima.com.my

Restoran Dima, R-13, Central Plaza Oasis Ara Damansara, Jalan PJU 1A/7A, Petaling Jaya. (Tel:03-78590222). Waktu perniagaan: 11pagi-11malam, Sabtu-Ahad: 3 petang -11 malam.

Restoran Dima, Masakan Arab

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain