suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Selepas bunuh suami dengan tukul besi, wanita telefon anak buat pengakuan - “Mayat di dalam bagasi”

Mayat mangsa yang disumbat dalam bagasi ditemukan di dalam rumah. -Foto Indiatoday

SEORANG wanita didakwa membunuh suaminya, memasukkan mayat lelaki itu ke dalam bagasi dan kemudian membuat panggilan kepada anak perempuannya untuk membuat pengakuan.

Kejadian dilaporkan berlaku di daerah Jashpur, Chhattisgarh, India.

Menurut polis, suspek yang dikenal pasti sebagai Mangrita Bhagat didakwa membunuh suaminya, Santosh Bhagat, 43, selepas bertengkar. 

Suspek didakwa memukul suaminya beberapa kali dengan tukul besi sehingga mangsa maut. 

Dia kemudian membalut mayat lelaki itu dengan selimut, memasukkannya ke dalam bagasi dan menyimpannya di dalam rumah.

Selepas melakukan pembunuhan itu, suspek membuat panggilan kepada anak perempuan yang tinggal di Korba, dan dilaporkan berkata, "Aku dah bunuh ayah kamu dan simpan mayatnya di dalam bagasi di rumah".

Suspek kemudian melarikan diri ke Mumbai.

"Pasukan polis telah dihantar ke sana untuk mengesan dan menahannya," kata seorang pegawai polis.

Ujarnya lagi, motif sebenar di sebalik pembunuhan itu akan dipastikan selepas suspek disoal siasat. -Agensi

Artikel Lain

Rawi MS meninggal dunia