suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mahasiswi lapor polis dipukul teman lelaki… Trauma dicekik, kepala dihentak ke dinding gara-gara panggilan video terputus

Mangsa membuat laporan polis pada Rabu. -Foto Kompas

SEORANG mahasiswi dicekik, kepala dihentak ke dinding dan kaki ditendang hingga sukar berjalan oleh teman lelakinya gara-gara sikap panas baran.

Kejadian pada Selasa itu berpunca apabila panggilan video yang dibuat mangsa berusia 21 tahun kepada suspek terputus.

Mangsa tidak menyedari panggilan video itu terputus kerana sedang menonton sebuah rancangan di YouTube.

"Apabila sambungan telefon terputus, pelaku menuduh saya mematikan telefon. 

"Saya tidak sedar panggilan terputus kerana ketika itu saya sedang menonton YouTube,” kata mangsa yang membuat laporan polis di Polda Sumatera Selatan, Indonesia pada Rabu.

Difahamkan, akibat terlalu cemburu suspek pergi ke rumah teman wanitanya dan terus menyerang sehingga mangsa mengalami kesakitan dan sukar berjalan.

“Saya dicekik, kepala saya dipukul ke dinding, kaki ditendang hingga sakit dan sukar berjalan,” katanya.

Mangsa mengakui bahawa dia sempat meminta bantuan seorang kawan apabila suspek mula bertindak agresif dan teman lelakinya terus melarikan diri.

“Kami hanya bercinta selama empat bulan dan dia telah mendera saya sebanyak empat kali. Kini kami tidak lagi menjalin hubungan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polda Sumatera Selatan, Inspektor Pertama Setia Gunawan mengesahkan pihaknya menerima laporan tersebut. -Agensi

Artikel Lain

Rawi MS meninggal dunia