suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kereta ‘terjun’ parit selepas pandu ikut arahan aplikasi navigasi

Kereta wanita berkenaan ditarik keluar dari parit menggunakan kren. -Foto NDTV

KERETA yang dipandu oleh seorang wanita terkandas dalam parit, selepas mengikuti arah laluan yang diberikan oleh aplikasi Google Maps.

Kejadian pada pagi Jumaat itu berlaku ketika wanita berkenaan dalam perjalanan dari Belapur ke Ulwe, India.

Menurut laporan, dia sepatutnya menggunakan jambatan Bay di Belapur, namun aplikasi navigasi itu mengarahkannya ke laluan di bawah jambatan, menuju ke Jeti Dhruvatara.

Tanpa menyedari kesilapan tersebut, wanita itu terus mengikuti arahan sehingga beberapa minit kemudian, keretanya terbabas dan masuk ke dalam air.

Kejadian itu disaksikan oleh pegawai keselamatan marin yang segera bertindak menyelamatkan wanita terbabit. 

Dia berjaya ditarik keluar dari parit dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. 

Keretanya turut berjaya dikeluarkan dari parit menggunakan kren.

Sebuah video menunjukkan detik pasukan penyelamat menarik keluar kereta milik wanita tersebut dari dalam air, turut tular di media sosial. -Agensi

 

Artikel Lain