suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hadiahkan motosikal curi sempena ‘birthday’ isteri, suami penyayang ditangkap polis

Seorang lelaki ditangkap atas kesalahan mencuri motosikal.

SEORANG lelaki berdepan tindakan pihak berkuasa selepas mencuri sebuah motosikal semata-mata untuk dijadikan hadiah hari jadi isterinya.

Suspek dikatakan mencuri motosikal dari sebuah kawasan parkir berhampiran deretan rumah kedai selepas mendapati kunci kenderaan tersebut ditinggalkan pemiliknya.

Tertuduh mengaku bersalah atas perbuatan jenayah mencuri motosikal tersebut yang dilakukan di kawasan Penjaringan, Jakarta di Indonesia.

Menurut kenyataan Polsek Metro Penjaringan pada Sabtu, suspek kelihatan beberapa kali mundar-mandir di lokasi kejadian sebelum mencuri.

Susulan kejadian itu, pihak polis segera menjalankan siasatan dan berjaya menahan suspek bersama motosikal yang dicuri.

Artikel Lain