suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Malam 27 Ramadan penuh berkat... Hujan rahmat iringi jutaan jemaah di Makkah, Madinah

Masjidil Haram dilimpahi hujan pada malam ke-27 Ramadan. - Foto Wog Spa

LEBIH dua juta jemaah memenuhi Masjidil Haram, Makkah dan Masjid Nabawi, Madinah pada malam ke-27 Ramadan yang dipercayai sebagai malam istimewa, Lailatul Qadar.

Memetik Saudi Gazette, keberkatan malam itu bertambah apabila hujan rahmat turun membasahi dataran Masjidil Haram di mana ribuan jemaah tetap khusyuk beribadah, memohon keampunan dan rahmat Allah SWT.

Suasana malam tersebut menyaksikan jemaah memenuhi ruang masjid dan bersungguh-sungguh berdoa dan bermunajat, mengharapkan keberkatan malam yang lebih baik daripada seribu bulan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai salah faham tempoh Lailatul Qadar hanya dua pertiga malam... Rupanya berlaku lebih awal!

Solat Isyak serta solat sunat tarawih dan qiyamullail dipimpin oleh Sheikh Abdurahman Al-Sudais, diakhiri dengan doa qunut. 

Pihak berkuasa melaksanakan pelan operasi rapi untuk memastikan kelancaran pergerakan jemaah dengan kerjasama pasukan keselamatan.

Aliran masuk jemaah sejak awal pagi tidak pernah putus, memenuhi setiap ruang masjid.

Antara momen jemaah ketika berdoa pada malam ke-27.

Perkhidmatan turut dipertingkatkan dengan penyediaan al-Quran, sistem bunyi yang optimum, penghawa dingin serta perkhidmatan troli elektrik melalui aplikasi Tanaqol. 

Jabatan Kesihatan Wilayah Makkah juga menyediakan pusat perubatan bagi keperluan jemaah.

Pihak berkuasa memastikan keselesaan dengan penyediaan permaidani, perkhidmatan pembersihan, wangian dan bekalan air zam zam yang mencukupi.

Dengan persiapan rapi dan kerjasama semua pihak, ibadah malam ke-27 Ramadan dapat dilakukan dengan aman dan penuh ketenangan.

Malah, hujan rahmat yang turun menambahkan keinsafan serta kekhusyukan jemaah dalam usaha meraih keberkatan Lailatul Qadar.

Artikel Lain