suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bernafsu terhadap kaum sejenis, pemuda tergamak liwat remaja OKU mental... Umpan ajak keluar makan

Pelaku jenayah seksual wajar diberikan hukuman keras. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki ditahan kerana didakwa meliwat remaja bawah umur yang mengalami masalah mental.

Menurut polis, suspek yang berusia 22 tahun itu dikenali sebagai Suraj Verma.

Mangsa yang merupakan orang kurang upaya (OKU) mental itu pula merupakan remaja lelaki berusia 17 tahun.

Difahamkan Suraj membawa remaja itu keluar pada 22 Mac dengan alasan mahu memberikannya makanan.

ARTIKEL BERKAITAN: Nafsu songsang guru madrasah terbongkar, 2 budak lelaki jadi mangsa liwat!

Namun, dia didakwa meliwat remaja itu sehingga keadaan kesihatannya merosot.

Selepas kembali sihat, mangsa memberitahu bapanya tentang kejadian itu.

Satu laporan dibuat dan kes didaftarkan di bawah seksyen berkaitan Akta Perlindungan Kanak-Kanak daripada Kesalahan Seksual (POSCO).

Suspek ditahan pada Selasa dan dihadapkan ke mahkamah sebelum dihantar ke sebuah pusat tahanan.

Kejadian berlaku di sebuah kampung di bawah seliaan balai polis Bansdih di Uttar Pradesh, India. -Agensi

Artikel Lain