suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Baru 15 hari bergelar suami, lelaki maut dibunuh... Pendedahan klip video mengejutkan

Siasatan lanjut dilakukan terhadap suspek pembunuhan.

BARU sahaja 15 hari mendirikan rumah tangga, seorang lelaki maut dibunuh oleh isterinya sendiri.

Kejadian dilaporkan berlaku di Auraiya Uttar Pradesh di India.

Menurut pegawai polis, mangsa berusia 25 tahun di dipercayai dibunuh oleh seorang pembunuh kontrak yang diupah isterinya bersama pasangan kekasih.

"Berdasarkan hasil maklumat, polis dimaklumkan tentang seorang lelaki yang terbaring cedera di padang pada 19 Mac lalu.

"Mangsa kemudian dimasukkan ke pusat kesihatan masyarakat sebelum dipindahkan ke Hospital Saifai. 

"Keadaan mangsa yang bertambah buruk menyebabkan dia meninggal dunia pada malam 21 Mac," jelasnya memperincikan kejadian.

Tambah polis, menerusi hasil rakaman kamera pengawasan, pihaknya berjaya mengenal pasti suspek pembunuhan seterusnya menahan mereka untuk siasatan lanjut.

Artikel Lain