suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bukan mangsa kemalangan, tapi dibunuh! Suspek rupanya isteri sendiri, mengaku selepas disoal siasat hampir 10 jam

Mayat lelaki berkenaan ditemui di tepi jalan oleh pekerja pembersihan lebuhraya. -Foto Thaiger

POLIS mengesahkan mayat lelaki yang ditemukan di tepi jalan oleh pekerja pembersihan lebuhraya pada Selasa lalu, dibunuh oleh isteri dan anak tirinya.

Ia susulan pengakuan yang dibuat oleh isteri mangsa, ketika disoal siasat pegawai penyiasat.

Polis terdahulu mengesyaki mangsa yang berusia 52 tahun itu terbunuh selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya, susulan terdapat laporan mengenai satu kemalangan kereta di kawasan tersebut.

Bagaimanapun, polis yang menemui nota mengandungi nombor telefon isteri mangsa, bertindak menghubungi wanita berkenaan bagi memaklumkan penemuan mayat suaminya.

Reaksi isteri mangsa yang sama sekali tidak terkejut, membuatkan polis curiga lantas memanggil wanita tersebut untuk diambil keterangan.

Selepas disoal siasat selama hampir 10 jam, wanita tersebut akhirnya membuat pengakuan pada Khamis, bahawa dia telah membunuh mangsa dengan bantuan anak lelakinya yang berusia 30 tahun.

Dia mendakwa sakit hati kerana mangsa kerap kali melontarkan kata-kata kesat terhadapnya.

Wanita itu juga mengaku dia kecewa selepas mangsa tidak mengotakan janji untuk memberikan sebahagian wang hasil penjualan tanah kepadanya. 

Kejadian dilaporkan berlaku di Chon Buri, Thailand.

Wanita tersebut dan anak lelakinya kini berdepan dengan tiga pertuduhan iaitu membunuh dengan niat, secara rahsia menyembunyikan mayat dan melakukan penganiayaan pada mayat. -Agensi

Artikel Lain