suria

Angkara senyum pada rakan sekerja lelaki, wanita maut ditikam kekasih

Polis dan orang ramai berada di lokasi kejadian. Foto KhaoSod

SEORANG lelaki tergamak membunuh teman wanitanya kerana cemburu pasangannya itu senyum pada seorang rakan sekerja lelaki.

Pasangan muda itu bekerja di kilang yang sama sebelum kejadian tragis itu berlaku.

Mayat mangsa yang berusia 28 tahun ditemukan di lokasi kejadian, dengan kesan tikaman yang menyebabkan kecederaan di sebelah kiri lehernya.

Kejadian itu berlaku sebuah bilik sewa di Suan Kluai di Ban Pong, Thailand, pada Rabu.

Leftenan Polis Phasith Chultakarn dari Ibu Pejabat Polis Ban Pong di Ratchaburi, menerima laporan mengenai seorang wanita ditikam hingga mati di sebuah bilik sewa di Suan Kluai, Ban Pong.

Sebilah pisau dapur ditemukan di atas lantai.

Sementara itu, teman lelakinya Sai yang berusia 30 tahun, ditemui duduk di sebelah mayat kekasihnya, menunggu untuk menyerah diri.

Dilaporkan mereka sering bergaduh, dengan May sering menjadi mangsa keganasan akibat sikap cemburu Sai.

Pada hari kejadian, mereka bergaduh sekali lagi selepas Sai melihat May menegur seorang rakan sekerja lelaki dengan senyuman.

Polis membawa mayat May ke hospital dan menahan Sai untuk membantu siasatan.

Sebagai peringatan, perbuatan keganasan adalah salah di sisi undang-undang dan dilarang dalam Islam, maka semua perlu menjauhinya. -Agensi

Artikel Lain