suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita berhenti kereta di lorong kecemasan, rotan anak sebab ugut terjun

Seorang wanita dirakamkan cuba merotan anak lelakinya di tepi lebuh raya. Foto Douyin

SEORANG wanita memberhentikan keretanya di tepi lebuh raya semata-mata mahu merotan anak lelakinya kerana berkelakuan nakal.

Wanita itu dikatakan tidak tahan dengan perangai buruk anaknya yang cuba mengugut untuk terjun dari kenderaan itu.

Rakaman mengenai kejadian tular, sehingga mencetuskan kemarahan dan perdebatan di media sosial mengenai keibubapaan.

Insiden tersebut berlaku di Zhengzhou di wilayah Henan di China, pada minggu lalu.

Memetik laporan Hangzhou Daily, wanita yang dikenali sebagai Zhang itu dirakamkan memberhentikan keretanya di lorong kecemasan di sebuah lebuh raya sebelum memaksa anak lelakinya keluar dari kenderan itu.

Kelihatan wanita itu merotan anaknya menggunakan ranting kayu sambil menarik bajunya supaya tidak melarikan diri.

Budak berkenaan diperdayai berusia lapan tahun kedengaran menangis ketika dipukul ibunya.

Namun tidak dinyatakan siapa yang merakamkan video tersebut.

Menurut Zhang, dia marah kerana anak lelakinya tidak mahu pulang ke rumah.

Jelasnya, anaknya mula membuat bising membantah dan mengugut untuk terjun dari kereta.

Peraturan Keselamatan Jalan Raya China menetapkan bahawa individu meletakkan kenderaannya di lorong kecemasan lebuh raya dalam keadaan bukan kecemasan akan berdepan denda dan potongan sembilan mata daripada lesen mereka.

Pada 18 Februari lalu, Zhang kemudian mengeluarkan satu video di laman sosial mengenai anak lelakinya menyedari kesalahan yang dilakukannya.

"Saya sedar sangat bahaya untuk terjun dari kereta di lebuh raya. Ia adalah salah. Saya harap kanak-kanak lain tidak belajar daripada saya," kata kanak-kanak itu. -Agensi

 

 

Artikel Lain