SEORANG lelaki ditahan kerana didakwa melakukan serangan seksual terhadap lebih 10 remaja lelaki, pada petang Khamis. Lebih 1,400 video tidak senonoh turut ditemui bersama lelaki berusia 43 tahun itu. Suspek yang bekerja di sebuah hotel di Phuket, Thailand itu turut berkongsi video seks bersama mangsa di platform X. Seorang pekerja hotel diberkas kerana melakukan serangan seksual. - Foto MGR Online Dia dikatakan memperdaya mangsa untuk melakukan hubungan seks dengannya di tempat awam dan tidak menggunakan kondom semasa aktiviti seksual. Pihak berkuasa Phuket menahan suspek selepas seorang remaja membuat laporan susulan videonya tersebar di laman X. Ketika serbuan, pihak berkuasa yang menggeledah bilik suspek merampas sejumlah besar kondom, cecair pelincir dan barangan lain yang berkaitan dengan kegiatan tidak bermoralnya. Kondom dan pelincir antara barangan yang dirampas. - Foto MGR Online Dilaporkan, kebanyakan mangsa yang menjadi sasaran suspek adalah remaja lelaki berumur bawah 15 tahun dari Phuket dan wilayah lain. Suspek dikatakan menggunakan peluang ketika menghadiri acara maraton untuk mencari mangsa. Suspek yang mengaku bersalah berdepan dengan tiga pertuduhan iaitu mengimport maklumat tidak senonoh ke dalam sistem komputer; pemilikan dan pengedaran pornografi; dan menculik kanak-kanak di bawah umur 15 tahun.- Agensi