suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bapa, anak tak balik rumah rupanya sudah meninggal dunia... Mayat berlumuran darah ditemukan di kebun

Penemuan mayat seorang bapa dan anaknya di sebuah kebun. Foto Kompas.com/ Fadlan Mukhtar Zain

DUA beranak iaitu seorang bapa dan anaknya ditemukan meninggal dunia di sebuah kebun, pada lewat petang Khamis.

Kedua-dua mangsa ditemukan dalam keadaan parah dengan badan berlumuran darah.

Kejadian berlaku di Desa Masaran, Kecamatan Bawang, Kabupaten Banjarnegara, Jawa Tengah di Indonesia.

Ketua rukun tetangga, Kampung Masaran, Anhar berkata, mangsa berusia 50-an dan manakala anaknya masih bersekolah rendah, darjah empat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di lokasi kejadian, pada Khamis malam.

Anhar turut menambah, kedua-dua mangsa ditemukan keluarga mereka yang bimbang kerana tidak pulang ke rumah sehingga petang.

"Menurut maklumat, mayat mangsa ditemukan kira-kira pukul 6.30 petang kerana hari sudah gelap, namun mangsa belum pulang ke rumah," katanya.

Anhar berkata, lokasi penemuan mayat kira-kira 500 meter dari lebuh raya yang mempunyai jurang yang curam.

Mayat mangsa dibawa ke hospital untuk tindakan lanjut.

Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi polis berhubung penemuan mayat tersebut. -Agensi

Artikel Lain