suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Perdaya boleh buang susuk, pemuda rogol gadis bawah umur dalam hutan

Seorang pemuda ditahan atas perbuatannya. -Gambar hiasan

SEORANG pemuda berusia 21 tahun ditahan polis selepas didakwa merogol seorang remaja perempuan.

Suspek memperdaya mangsa dengan memberitahu dia mempunyai susuk di bahagian kakinya dalam kejadian pada September 2024.

Bagi menghilangkan susuk berkenaan, mangsa diarahkan supaya melakukan hubungan intim dengan suspek.

Kejadian berlaku di Gunungkidul di Yogyakarta, Indonesia.

Ketua Perhubungan Awam Polis Gunungkidul, Suranto berkata, mangsa merupakan remaja perempuan berusia 17 tahun.

“Pemuda itu melakukan hubungan intim dengan mangsa di dalam hutan di kawasan Nglipar, Gunungkidul,” katanya pada Khamis.

Keluarga mangsa yang mengetahui tentang kejadian itu tidak dapat menerima perbuatan tersebut dengan membuat laporan kepada polis.

Suspek diminta datang ke Balai Polis Gunungkidul pada 9 Disember tahun lalu dan kemudiannya ditahan.

Polis mendapatkan bukti berupa pakaian yang dipakai oleh suspek dan mangsa ketika kejadian.

Suranto berkata, pemuda itu didakwa atas perbuatan itu dan berdepan dengan hukuman penjara lima hingga 15 tahun jika disabitkan kesalahan. -Agensi

Artikel Lain