suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pegawai pangkat tinggi rempuh 3 remaja perempuan, disyaki memandu bawah pengaruh alkohol

Pemanduan berbahaya boleh meragut nyawa mereka yang tidak berdosa. -Gambar hiasan

SEORANG pegawai berprofil tinggi ditahan polis kerana merempuh tiga remaja perempuan menggunakan kereta dipandunya dalam kejadian pada petang Isnin.

Mangsa yang terdiri daripada dua beradik dan seorang rakan itu dikejarkan ke hospital berdekatan.

Seorang daripada mereka maut akibat kecederaan parah manakala dua lagi berada dalam keadaan kritikal susulan nahas ngeri yang berlaku di Haldwani, India.

Menurut jurucakap polis, mangsa merupakan Mahi Singh, 14, Kanak Singh, 17, dan rakan mereka, Mamta Singh yang berusia 15 tahun.

Ketika kejadian, mereka difahamkan sedang dalam perjalanan untuk pulang ke rumah dari karnival di sekitar kawasan kediaman.

Sementara itu, pegawai terbabit dikenali sebagai Bhupendra Singh yang menguruskan hal kewangan daerah dipercayai memandu dalam keadaan mabuk serta melebihi had laju.

"Dia cuba melarikan diri daripada tempat kejadian selepas melanggar mangsa, namun keretanya terbabas beberapa meter ke depan.

"Suspek terperangkap di dalam kereta, anggota polis yang tiba di tempat nahas membantu mengeluarkannya. Ujian saringan awal pernafasan mengesahkan kandungan alkohol yang tinggi di dalam badan.

"Suspek akan ditahan di dalam lokap sementara menunggu keluiarga mangsa membuat laporan lengkap," ujar jurucakap. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain