suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita tunggang motosikal dipaksa berhenti tepi, akhirnya dibelasah hingga lunyai oleh lelaki

Mangsa mengalami kecederaan selepas diserang seorang lelaki.

POLIS menahan seorang lelaki kerana bertindak menyerang dan membelasah seorang wanita yang disalah anggap sebagai transgender.

Ketika kejadian, mangsa sedang menunggang motosikal untuk ke restoran apabila dia dihon berkali-kali dari belakang oleh sebuah kereta yang memintanya berhenti di bahu jalan.

Mangsa yang ketakutan memberhentikan motosikalnya, suspek kemudian turun dari kereta dan menumbuk mangsa pada bahagian wajah dalam kejadian di Rayong, Thailand pada Isnin (13 Januari).

Suspek terus-menerus melancarkan serangan fizikal ke atas wanita malang itu tanpa belas ihsan.

Memetik laporan media tempatan, mangsa dikenali sebagai Arisa cuba melawan serangan suspek tetapi tidak berdaya, dia mengalami kecederaan pada bahagian mata, kening dan badan.

Menurut Arisa, dia langsung tidak mengenali suspek sebelum kejadian dan menganggap ia sebagai insiden salah faham, laporan polis sudah dibuat berkaitan kes tersebut.

Sehari selepas kejadian, polis berjaya menahan suspek dan siasatan sedang dijalankan.

"Saya tersilap orang, saya sebenarnya sedang mencari seorang lagi penunggang motosikal yang mencari gaduh dengan saya sebelum itu.

"Saya tengok sekilas lalu dari jauh, saya ingat dia adalah wanita transgender, sebab itu saya terus menyerang dia tanpa berfikir panjang. Saya menyesal atas perbuatan saya dan bersedia membayar wang pampasan," kata suspek. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain