suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tolak jodoh pilihan keluarga, gadis maut ditembak bapa empat hari sebelum majlis perkahwinan

Kerana hilang pertimbangan, seseorang sanggup membunuh. -Gambar hiasan

SEORANG gadis berusia 20 tahun maut ditembak oleh bapanya, gara-gara menolak untuk dijodohkan dengan jejaka pilihan keluarga.

Memetik laporan media tempatan, kejadian tragis itu berlaku empat hari sebelum majlis perkahwinan gadis tersebut dijadualkan berlangsung pada Sabtu ini.

Dalam kejadian yang berlaku pada malam Selasa (14 Januari) di rumah keluarganya di Gwalior, Madhya Pradesh, mangsa maut akibat tembakan yang mengenai dahi serta lehernya.

Difahamkan sebelum kejadian, mangsa memuat naik video di media sosial bagi meluahkan tekanan dan ancaman yang diterima daripada keluarganya berhubung perkahwinan tersebut.

"Saya mahu berkahwin dengan Vicky (kekasih). Keluarga saya pada mulanya bersetuju tetapi kemudian menolak. Mereka memukul saya setiap hari dan mengugut untuk membunuh saya.

"Jika sesuatu berlaku kepada saya, keluarga saya yang bertanggungjawab," ujar mangsa dalam video berdurasi 52 saat yang tular di media sosial.

Mangsa dikatakan sudah menjalin hubungan cinta dengan kekasihnya selama enam tahun.

Polis sudah memberkas bapa mangsa dan kes kini dalam siasatan pihak berkuasa. -Agensi

Artikel Lain