suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kilang peluru meletup, 11 individu disahkan maut... Pihak berkuasa nafi ada unsur sabotaj

11 individu terbunuh dalam letupan kilang pada Selasa.

SERAMAI 11 individu terbunuh dalam letupan di sebuah kilang bahan letupan dan peluru pada Selasa.

Menurut Menteri Dalam Negeri Turkiye, Ali Yerlikaya, ia berlaku di wilayah Balikesir, barat laut negara itu.

Katanya, pihak berkuasa telah melancarkan siasatan bagi menyiasat punca kejadian tragis itu.

Bagaimanapun, pihak berkuasa tempatan menolak kemungkinan kejadian sabotaj.

Tujuh lagi mangsa cedera dalam letupan itu, yang turut menyebabkan sebuah bangunan runtuh.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua maut akibat letupan di kilang

Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan, turut menzahirkan rasa berdukacita atas kejadian itu.

"Saya berdoa kepada Tuhan agar merahmati saudara-saudara saya yang telah pergi, takziah kepada keluarga mereka, dan mendoakan agar mereka yang cedera segera sembuh,” ujarnya.

Menteri Kehakiman Turkiye, Yilmaz Tunc, berkata satu jawatankuasa pakar, termasuk jurutera kimia, mekanikal, keselamatan pekerjaan, dan geofizik, telah ditugaskan untuk menentukan punca letupan tersebut.

Pihak berkuasa sedang berusaha untuk mengesahkan bilangan orang yang berada di dalam bangunan ketika ia berlaku. - Agensi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain