suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gempar mayat ditemukan di bahagian roda pesawat

Satu mayat ditemukan di bahagian roda pesawat. Foto Hawaii News Now

SATU mayat ditemukan di bahagian roda sebuah pesawat selepas ia melakukan penerbangan sejauh 6,400 kilometer (km), pada Selasa.

Syarikat penerbangan United Airlines (UA) mengesahkan mengenai penemuan mayat dalam ruang roda di bahagian gear pendaratan pesawat 202.

"Ruang roda itu hanya boleh dilalui menerusi bahagian luar pesawat.

"Pada masa ini, tidak dipastikan bagaimana atau bila individu berkenaan memasuki ruang roda pesawat," menurut United.

Pesawat UA 202 tersebut melakukan penerbangan dari lapangan terbang O'Hare di Chicago, Amerika Syarikat (AS) pada pukul 9.50 pagi Selasa waktu tempatan, mendarat di lapangan terbang Kahului di Maui, AS pada pukul 2 petang Selasa waktu tempatan (8 pagi Rabu waktu Malaysia).

"United bekerjasama dengan pihak berkuasa mengenai siasatan yang dijalankan," tambah United.

Bagaimanapun, identiti mangsa tidak didedahkan. -Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain