suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Budak lelaki 12 tahun buat dua kerja sambil belajar, bantu ibu sara 7 adik

Muiz membantu ibunya menyara adik-adik.

BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Begitulah diibaratkan nasib seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang terpaksa menjadi ketua keluarga bagi menggantikan peranan seorang ayah demi membesarkan tujuh adiknya.

Lebih memilukan apabila usia kanak-kanaknya dihabiskan untuk mencari rezeki dengan menjadi pemulung sampah sekitar Garut, Jawa Barat di Indonesia.

Ketika ditemui, dia yang dikenali sebagai Muiz mengaku melakukan pekerjaan itu dengan rela kerana ingin membantu ibunya menyara keluarga.

Dari hasil pengumpulan, dia memperoleh Rp2,000 hingga Rp3,000 sehari iaitu sekitar 50 sen hingga 80 sen.

Malah usaha itu dilakukannya sejak dua tahun lalu.

Meskipun sibuk menjadi pemulung sampah, Muiz masih meneruskan persekolahan sambil membuat kuih dan menjualnya di kawasan sekitar.

Difahamkan, ayahnya bekerja sebagai anak kapal dan hanya pulang ke rumah selepas empat bulan pelayaran. - Tribun Medan

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain