suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suami tangkap isteri berzina dalam rumah, mengaku terlanjur 2 kali

Kehadiran orang ketiga boleh menjadi punca perpisahan suami isteri. -Gambar hiasan

SEORANG suami gagal mengawal emosi selepas dia menangkap isterinya yang sedang berasmara dengan seorang lelaki.

Lebih mengejutkan, kejadian itu berlaku di kediamannya yang terletak di Mamuju, Sulawesi Barat, Indonesia pada 15 November lalu.

Berang melihat kecurangan yang berlaku, pelombong emas berusia 35 tahun itu mengejar kekasih gelap isterinya menggunakan parang.

Lelaki itu berjaya melarikan diri melalui tingkap, namun ditangkap oleh polis keesokan harinya.

Ketua Unit Komunikasi Polis Mamuju, Herman Basir mengesahkan penangkapan lelaki itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Nenek berusia 83 tahun dikenakan 100 sebatan, mengaku salah berzina dengan lelaki lebih muda

"Semasa tiba di rumah, suami mendapati isterinya bersama seorang lelaki lain, sedang melakukan perbuatan tidak bermoral.

"Suspek mengaku berzina sebanyak dua kali," ujarnya.

Tambah Herman, lelaki itu sudah diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah untuk tindakan seterusnya.

Sebagai peringatan untuk pembaca mStar, perbuatan zina adalah dilarang dalam agama Islam. - Agensi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain