suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak sempat jemput anak balik sekolah, ibu dihempap dahan pokok tumbang

Seorang wanita dihempap dahan pokok tumbang. Foto Dok Istimewa

SEORANG ibu cedera parah selepas dihempap dahan pokok tumbang ketika dalam perjalanan untuk menjemput anaknya pulang dari sekolah.

Ketika kejadian, mangsa berusia 43 tahun sedang menunggang motosikal melalui jalan di lokasi kejadian.

Insiden berlaku pada Selasa di Jalan Semeru, Kota Bogor di Jawa Barat, Indonesia.

"Ketika melalui Jalan Semeru, mangsa dihempap dahan pokok yang tumbang.

ARTIKEL BERKAITAN: Tragedi pulang dari sekolah... Ibu maut, anak putus kaki digilis kereta api ketika lintas landasan

"Mangsa ketika itu hendak menjemput anaknya dari sekolah," kata Anggota Ops Tahanan Kota Bogor, Sumardi pada Rabu.

Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian muka.

"Mangsa dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain