suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sembilan tahun ‘ratah’ anak gadis sendiri, lelaki akhirnya ditahan selepas mangsa beranikan diri lapor polis

Suspek (berbaju oren) ditangkap selepas anak kandungnya membuat laporan polis. -Foto Detik

PERBUATAN keji seorang lelaki berusia 48 tahun yang merogol anak kandungnya sendiri akhirnya terbongkar selepas mangsa membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Kejadian dilaporkan berlaku di Daerah Jakabaring, Palembang.

Ketua Polis Palembang, Komisioner Harryo Sugihhartono berkata, suspek telah melakukan perbuatan terkutuk tersebut sejak sembilan tahun lalu.

"Kita telah menahan pelaku jenayah rogol terhadap anak sendiri. Tindakan ini sudah lama dilakukan dari 2015 hingga 2024," katanya pada Selasa.

Harryo menjelaskan, perbuatan suspek terbongkar selepas mangsa yang berusia 17 tahun, akhirnya tampil membuat laporan polis pada 14 November lalu.

Ujarnya, mangsa sebelum ini takut untuk membuat laporan kerana diugut oleh suspek.

Selepas menerima laporan mangsa, Unit Perlindungan Wanita dan Kanak-Kanak (PPA) Unit Siasatan Jenayah Polis Palembang segera menahan suspek untuk didakwa atas jenayah yang dilakukannya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain