suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak berbaloi bayar RM16 tapi kena maki dengan pemandu teksi, penumpang ambil tindakan dedah video di TikTok

Seorang penumpang berdepan detik cemas apabila dia dimarahi oleh pemandu teksi.

SEORANG individu berdepan detik cemas apabila dia dilayan dengan teruk oleh seorang pemandu teksi.

Dakwa penumpang itu, dia menaiki teksi berkenaan dari Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Bangkok, untuk ke sebuah kafe pada Khamis.

Namun, tindakannya mempertikaikan jarak destinasi yang dituju menyebabkan pemandu teksi itu naik angin dan mula memarahinya.

Menurut pemuda itu, dia meminta untuk dihantar ke satu lokasi sejauh 8.9 kilometer (km).

ARTIKEL BERKAITAN: Mat salih perasan pemandu teksi Malaysia ‘pakar’ bola sepak, minat EPL... sanggup sumpah kalau ada yang tak percaya

Namun, pemandu itu berkeras untuk menghantarnya ke destinasi lain yang terletak 15km daripada lokasi asal.

Menerusi video yang dikongsi, penumpang itu bukan sahaja disindir, malah dia turut dihina dengan kata-kata kesat oleh pemandu tersebut.

Penumpang akhirnya membayar kira-kira RM16 selepas pemandu tersebut memberhentikan teksinya.

Video kejadian itu tular di TikTok sehingga mencetuskan perdebatan mengenai keselamatan penumpang di Thailand. - Agensi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain