suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suami bunuh isteri sebab cemburu hubungan dengan cucu, tikam alat sulit ketika mangsa tidur

Seorang wanita ditemukan mati berlumuran darah akibat dibunuh oleh suaminya.

SEORANG warga emas berusia 83 tahun ditangkap kerana membunuh isterinya menggunakan pisau.

Pelaku yang dikenali sebagai Razali membunuh isterinya, Nurhaidah, 79, di kediaman mereka di Deli Serdang, Indonesia pada awal September.

Menurut Ketua Polis Sunggal, Pesuruhjaya Bambang G Hutabarat, ia berpunca daripada cemburu buta apabila suspek mengesyaki isterinya menjalin hubungan sulit dengan cucu mereka.

"Berdasarkan maklumat, motif di sebalik pembunuhan berpunca daripada perasaan cemburu.

ARTIKEL BERKAITAN: Cemburu buta pada isteri, suami bakar rumah sendiri... Kereta, motosikal turut musnah dalam kebakaran

"Hasil soal siasat, suspek mengesyaki mangsa menjalinkan hubungan sulit dengan cucunya," kata Ketua Polis Sunggal pada Jumaat.

Untuk rekod, mayat Nurhaidah ditemukan mati berlumuran darah dengan kesan tikaman pada leher, badan dan juga kemaluannya.

Suspek yang tidak sihat menggunakan kerusi roda untuk bergerak sebelum bertindak membunuh isterinya ketika mangsa sedang tidur.

Susulan itu, suspek kini ditahan dan pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut. - Agensi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain