suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Laluan berlubang lambat dibaiki, ketua polis turap jalan sendiri... Risau ramai jadi mangsa kemalangan

Tindakan seorang lelaki menurap jalan menggunakan perbelanjaan sendiri dipuji ramai.

KHIDMAT kepada rakyat harus diutamakan.

Begitulah kisahnya apabila seorang ketua polis di Bengkulu Utara, Indonesia sanggup turun padang untuk menampal jalan yang berlubang dengan menggunakan kudratnya sendiri.

Anggota yang dikenali sebagai Inspektor Polis Satu Ratno berkata dia sudah terlalu lama kecewa dengan keadaan jalan yang rosak dan tidak dibaiki oleh pihak berwajib itu.

Difahamkan Ratno menggunakan duitnya sendiri untuk membeli bahan seperti batu, pasir serta simen bagi membaiki jalan raya yang berlubang dan rosak.

Menurutnya, banyak kemalangan berlaku di jalan berkenaan kerana lubang yang gagal dibaiki buat sekian lamanya.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Bengkulu Utara, Komisioner Polis Kadek Suwantoro berkata ini bukan kali pertama Ratno membaiki jalan rosak, sebaliknya dia sudah berkali-kali berbuat demikian sejak setahun lalu.

Katanya, Ratno kecewa melihat banyak jalan berlubang di daerah Bengkulu Utara yang kerap menjadi punca nahas jalan raya terutamanya melibatkan pelajar. - Medcom.id

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain