suria

Lelaki temui ajal selepas langgan pekerja seks, polis jumpa ubat kuat bersama barangan peribadi

Ubat kuat yang ditemui bersama barangan peribadi mangsa. -Foto Istimewa/Detik.com

SEORANG lelaki meninggal dunia secara mengejut selepas melanggan pekerja seks komersial di sebuah warung kopi 'pangku' di Samaleak, Gresik, Jawa Timur.

Dalam kejadian yang berlaku pada 23 Mei lalu, lelaki yang dikenali sebagai NH, berusia 54 tahun, dilaporkan terjatuh dan tidak sedarkan diri ketika membuat bayaran perkhidmatan wanita yang dilanggannya.

Untuk makluman, warung kopi 'pangku' adalah kedai minuman yang turut menyediakan perkhidmatan pekerja seks.

Lelaki tersebut segera dikejarkan ke Hospital Driyorejo Petrokimia, namun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Gresik, AKP Aldhino Prima Wirdhan mengesahkan kejadian berkenaan.

Ujarnya, polis yang melakukan siasatan turut menemui ubat kuat bersama barangan peribadi milik lelaki berkenaan.

Dia dipercayai mengambil ubat kuat sebelum melakukan hubungan intim dengan wanita yang dilanggannya.

"Hasil pemeriksaan kesihatan mendapati tiada kesan keganasan pada mayat mangsa.

"Kes telah dikendalikan oleh Polis Kedamean dan keluarga mangsa tidak mahu bedah siasat dijalankan," ujarnya lagi. -Detik.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain