suria

Ratusan pelajar Universiti Harvard protes ketika upacara graduasi, laung ‘Bebaskan Palestin’

Protes oleh ratusan pelajar ketika upacara graduasi Universiti Harvard. -Foto AP

RATUSAN pelajar keluar dari majlis permulaan konvokesyen Universiti Harvard sambil melaungkan 'Bebaskan Palestin', sehari selepas universiti berkenaan mengumumkan bahawa 13 pelajar tidak akan mendapat ijazah kerana menyertai perkhemahan pro-Palestin.

Wakil pelajar, Shruthi Kumar menyifatkan apa yang berlaku pada semester ini sebagai tindakan sekatan terhadap kebebasan bersuara dan ekspresi solidariti oleh penuntut.

"Saya amat kecewa dengan sikap tidak bertoleransi terhadap kebebasan bersuara dan hak untuk berbeza pandangan di kampus,"ujarnya.

Lebih 1,500 pelajar dilaporkan telah membuat petisyen, dan hampir 500 kakitangan serta fakulti turut bersuara menentang pengekangan tunjuk perasaan dalam kalangan pelajar, katanya.

"Ini mengenai hak sivil dan menegakkan prinsip demokrasi," katanya.

Difahamkan pelajar yang menyertai perkhemahan pro-Palestin telah menggesa gencatan senjata di Gaza dan menuntut institusi berkenaan supaya tidak bersekongkol dengan pihak yang menyokong peperangan. -ABCNews

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain