suria

Berang diejek 'pemabuk' depan cucu, warga emas cekik dan tampar budak lelaki 6 tahun

Lelaki dikenakan tindakan undang-undang selepas menampak budak lelaki. -Gambar Khaosod

SEORANG ibu mengambil tindakan perundangan terhadap jiran lelaki yang merupakan warga emas susulan tindakan agresif yang dilakukan.

Ia berikutan individu tersebut mencekik leher dan menampar anak lelakinya yang berusia enam tahun ketika kanak-kanak terbabit sedang berbasikal bersama seorang lagi rakannya iaitu cucu kepada warga emas terbabit.

Dalam kejadian pada Khamis petang itu, kanak-kanak bernama Kaprao itu dipercayai 'mengejek' lelaki berkenaan dengan berkali-kali memanggilnya 'lelaki tua pemabuk' sehingga mencetuskan kemarahan.

Tindakan warga emas yang disifatkan keterlaluan itu menyebabkan ibu mangsa, Kritsakon enggan berdiam diri, dan mahu mengambil tindakan tegas.

Tambahan pula warga emas terbabit mengaku tidak bersalah dengan menafikan kekerasan dilakukan tersebut apabila Kritsakon datang berjumpa dengannya.

Sebagaimana dijelaskan kepada Kritsakon, dia hanya mencubit pipi kanak-kanak yang bersikap biadab terhadapnya.

Menurut lelaki itu, dia menjelaskan bahawa tindakannya adalah kerana kecewa dengan ejekan tersebut.

Kritsakon menceritakan kejadian itu kepada suaminya dan kemudiannya memeriksa rakaman keselamatan yang jelas menunjukkan jiran menampar anak mereka.

Susulan kejadian, mereka segera melaporkan kejadian itu kepada Balai Polis Bukan Bang Khun, Thailand dan bertekad untuk meneruskan tindakan undang-undang sepenuhnya.

Tegas Kritsakon, dia percaya tindakan jirannya itu keterlaluan, lebih-lebih lagi mereka tidak mempunyai konflik sebelum ini dan sering bermesra dan bertegur sapa apabila bertemu antara satu sama lain. -Thaiger

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain