suria

Penduduk kampung hidup tak tenang, monyet nakal suka curi seluar dalam wanita

Monyet itu berjaya ditangkap selepas penduduk kampung membuat aduan kepada pihak berkuasa.

PENDUDUK Lopburi, Thailand akhirnya boleh menarik nafas lega selepas seekor monyet yang suka mencuri seluar dalam wanita, ditangkap.

Menurut penduduk kampung, kehadiran monyet yang nakal itu bukan sahaja menyusahkan mereka, malah turut mengganggu perniagaan di kawasan sekitar.

Menurut seorang peniaga dikenali sebagai Ai Waeng, monyet itu berulang kali mencuri barangan di kedainya.

Lebih pelik katanya, monyet itu gemar memakai seluar dalam yang dicuri olehnya.

Ai Waeng cuba memasang jeriji, namun usahanya gagal.

Disebabkan masalah sama yang berlarutan, dia menawarkan sejumlah wang kepada sesiapa yang berjaya menangkap haiwan itu.

"Kami tidak dapat menjalankan perniagaan kami dengan aman. Setiap kali kami menoleh, ada sesuatu yang hilang. Ia membuatkan kami marah," ujarnya.

Monyet itu akhirnya berjaya ditangkap selepas pegawai dari Jabatan Taman Negara, Pemuliharaan Hidupan Liar dan Tumbuhan memasang perangkap di kawasan berkenaan. - Thaiger.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain