suria

Tak puas hati isu pembahagian harta, anak tergamak belasah bapa sendiri hingga mati

Rakaman CCTV menunjukkan seorang anak lelaki berkali-kali menumbuk muka bapanya. -Foto Indiatoday

SEORANG lelaki berusia 65 tahun dari Tamil Nadu, India meninggal dunia selepas dibelasah oleh anak lelakinya, dipercayai ekoran tidak berpuas hati dengan urusan pembahagian harta keluarga.

Mangsa, Kulandhaivelu yang merupakan pemilik sebuah syarikat swasta, dilaporkan meninggal dunia pada 18 April lalu, beberapa hari selepas kejadian.

Rakaman daripada kamera litar tertutup (CCTV) yang tular di media sosial baru-baru ini menunjukkan mangsa berulang kali ditumbuk malah diterajang oleh anak lelakinya yang dikenali sebagai Santosh.

Ahli keluarga yang lain campur tangan dan cuba menghentikan tindakan ganas Santhosh namun lelaki tersebut begitu agresif biarpun bapanya sudah kelihatan lemah.

Selepas kematian warga emas itu, keluarganya memfailkan aduan sekali gus siasatan dilancarkan pihak polis.

Kes disiasat di bawah Seksyen 323 (menyebabkan kecederaan secara sukarela), 324 (menyebabkan kecederaan secara sukarela dengan cara berbahaya), dan 506 (ugutan jenayah) Kanun Keseksaan India (IPC). -Indiatoday

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain