suria

Lelaki beri barang dapur sebagai hantaran majlis pertunangan... Minyak masak, kicap dan kopi pun ada!

Tangkap layar video yang tular memaparkan hantaran sebuah majlis pertunangan berupa barangan keperluan asas .

HANTARAN majlis pertunangan satu pasangan dari Indonesia menjadi tular gara-gara bakal pengantin lelaki menyerahkan barangan berupa keperluan memasak untuk calon isterinya.

Video hantaran unik pasangan berkenaan mula menjadi tular selepas dikongsikan di akaun TikTok @yuda_ogie7.

"Maklumlah, masih lagi suasana hari raya," demikian kapsyen yang ditulis pada video berkenaan.

Menerusi video berdurasi 23 saat itu, kelihatan pelbagai barangan keperluan asas tersusun rapi di dalam kotak yang dihias cantik.

Antara barangan yang dijadikan hantaran adalah seperti minyak masak, susu pekat manis, marjerin, tepung gandum, uncang teh dan kopi.

Terdapat juga serbuk perasa, kicap manis, sos cili, kordial dan gula putih.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya.

"Nampaknya kotak itu lebih mahal daripada isinya.

"Di kampung saya, kalau lelaki bawa seperti ini atau perempuan terima barangan begini, sudah menjadi gosip kampung," demikian antara komen netizen. -Wolipop

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain