suria

Rakaman Kate, William beli-belah pula tersebar… Jalan tersenyum sambil bawa ‘shopping’ beg sendiri

Rakaman Kate, William membeli belah tersebar. -Gambar The Sun

SUSULAN pendedahan penampilan pertama Puteri Wales di khalayak ramai selepas menjalani pembedahan abdominal, kini rakaman 'perjalanannya' pula tersebar.

Rakaman tersebut diterbitkan beberapa jam selepas The Sun secara eksklusif mendedahkan Kate Middleton menghabiskan hari Sabtu membeli-belah di Windsor manakala pada pagi Ahad menonton anak-anaknya bermain sukan.

Menerusi rakaman berkenaan, dia kelihatan santai sambil tersenyum dan gembira bersama Putera William.

Kate, 42, yang berpakaian hoodie dilihat ketika membawa barang beliannya sendiri sambil berjalan-jalan di tempat letak kereta di sebuah kedai ladang.

Ia berlaku ketika masyarakat mempersoalkan tentang keberadaannya sehingga tercetus teori konspirasi liar yang telah disebarkan tanpa kawalan.

Dalam pada itu, The Sun turut menyatakan terdapat segelintir pihak yang tidak mempercayai laporan muka depan akhbarnya pada Isnin walaupun pasangan itu telah dikesan oleh orang ramai.

The Sun minggu lalu menyeru dunia untuk 'Lay Off Kate' selepas dia dikecam keras kerana menyunting foto keluarga Hari Ibunya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain