suria

Kate Middleton buat kemunculan pertama selepas pembedahan... Nampak gembira, sihat

Kate Middleton dilaporkan dilihat di khalayak ramai. -Gambar fail Reuters

SPEKULASI mengenai 'kehilangan' Kate Middleton terjawab apabila Puteri Wales itu dilihat gembira, sihat dan tenang ketika berkunjung ke sebuah kedai, pada hujung minggu.

Ia merupakan penampilan Kate di khalayak buat pertama kali sejak menjalani pembedahan abdominal, pada Januari lalu.

Kate dan Putera William dilaporkan dilihat di salah satu lokasi kegemaran mereka, kira-kira 1.6 kilometer dari kediaman pasangan itu di Adelaide Cottage di Winsor, United Kingdom pada Sabtu lalu.

Gambar keluarga Kate Middleton bersama anak-anaknya sempena sambutan Hari Ibu UK. -Gambar EPA

Pasangan itu juga dikatakan menyaksikan ketiga-tiga anak mereka, George, 10, Charlotte, 8, dan Louis, 5, mengambil bahagian dalam acara sukan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh gambar bersama anak-anak nampak pelik, Kate Middleton akui imej disunting

Seorang individu yang menyaksikan pasangan itu memberitahu The Sun bahawa dia terkejut melihat kemunculan mereka.

Menurutnya, Kate keluar membeli-belah bersama William dan wanita itu kelihatan gembira dan sihat.

"Anak-anak tidak bersama mereka ketika itu, tetapi itu merupakan petanda baik menunjukkan Kate sihat berkunjung ke kedai-kedai," katanya.

Bagaimanapun, tiada gambar yang diambil menunjukkan kemunculan Kate dan William ketika itu, dipercayai atas sebab privasi dan Kate sedang pulih.

Puteri Wales itu muncul kali terakhir di Sandringham pada Hari Krismas, Disember tahun lalu, dan dijangka kembali bertugas selepas 17 April, apabila anak-anaknya kembali ke sekolah dekat Ascot.

Terdahulu, timbul spekulasi mengenai keberadaan dan keadaan kesihatan Kate selepas menjalani pembedahan. -Mail Online

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain