suria

Kanak-kanak dijemput ajal selepas makan strawberi, rupanya ada alahan misteri

Buah strawberi merupakan manisan yang popular di serata dunia. -Gambar hiasan

AJAL boleh menjemput pada bila-bila masa tanpa kita sangka.

Begitulah kisahnya untuk seorang kanak-kanak lelaki yang meninggal dunia selepas memakan beberapa buah strawberi di sebuah sekolah di Kentucky, Amerika Syarikat pada Jumaat.

Ketika kejadian, anggota Jabatan Polis Madisonville dipanggil ke sebuah rumah pada pukul 6.30 pagi waktu tempatan, berikutan mangsa berusia lapan tahun itu mengalami masalah kesukaran bernafas.

Selain mangsa tidak bergerak apabila dikejutkan daripada tidur.

Ibu bapa mangsa memberitahu pihak berkuasa bahawa pada Khamis lalu, dia telah makan beberapa buah strawberi yang dijual di sebuah sekolah pada malam sebelumnya.

Laporan bedah siasat awal oleh Jabatan Kesihatan Daerah Hopkins menunjukkan bahawa kejadian berpunca daripada tindak balas alahan terpencil.

Mereka kemudian mengeluarkan amaran kepada masyarakat setempat supaya tidak memakan sebarang buah yang dijual untuk kutipan dana sekolah terlibat.

“Pada masa ini, Jabatan Kesihatan Awam sedang mengambil sampel buah strawberi untuk diuji di sebuah makmal,” kata jabatan kesihatan tersebut. - USA Today

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain