suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki berjaya rakam imej 2 objek aneh di langit, yakin UFO benar wujud

Seorang lelaki dikatakan berjaya membuktikan kewujudan UFO.

ADAKAH kita umat manusia benar keseorangan di dalam sistem cakerawala ini?

Mungkin tidak, baru-baru ini seorang lelaki mendakwa berjaya merakam dua imej objek terbang tidak dikenali (UFO) dari rumahnya di Lancashire, Britain pada Sabtu.

Jack Atkinson, 24, sedang duduk di atas sofa di rumahnya apabila dia melihat dua objek tersebut terbang di langit, di luar tingkap kediaman itu.

Dia kemudian bergegas keluar dari rumahnya sambil memegang telefon bimbit untuk merakam kejadian itu.

Selepas beberapa ketika, UFO itu kemudian menghilang sekelip mata tanpa melewati awan.

“Saya sangkakan ia adalah belon tetapi ia tidak bergerak tinggi kerana belon sepatutnya akan naik (ke udara).

“Saya merupakan peminat kapal terbang dan tahu betapa lajunya sesebuah pesawat bergerak. Ia (UFO) itu bergerak dengan kelajuan yang hampir sama seperti pesawat.

“Ibu bapa saya berasa ragu tentang UFO tetapi selepas melihat kejadian ini, ia mengejutkan mereka,” ujarnya. - Blackpool Gazette

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain