suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tubuh dipenuhi ruam, sukar bernafas... Budak lelaki terlantar kaku selepas makan strawberi

Seorang kanak-kanak lelaki maut selepas makan strawberi dibeli di sekolah. -Gambar hiasan

SEORANG kanak-kanak berusia lapan tahun meninggal dunia selepas menikmati strawberi yang dibeli ketika kutipan derma dilakukan di sebuah sekolah.

Susulan itu, Jabatan Polis Madisonville, Kentucky, Amerika Syarikat melakukan siasatan berhubung kematian kanak-kanak tersebut.

Menerusi pemeriksaan awal, mangsa mengalami masalah kesukaran bernafas, alahan, ruam dan tidak bergerak apabila dikejutkan daripada tidur.

Menurut ibu dan bapa mangsa, kanak-kanak itu makan beberapa buah strawberi yang dijual di sekolah pada malam sebelum dia meninggal dunia.

Bagaimanapun, pihak berkuasa tidak menyatakan sekiranya budak lelaki itu mempunyai alahan kepada buah strawberi berkenaan.

Sehingga kini, Jabatan Kesihatan Awam sedang mengambil sampel strawberi ke makmal negeri untuk ujian.

Walaupun insiden ini mungkin tidak berkaitan, Jabatan Kesihatan Daerah Hopkins meminta orang ramai lebih berhati-hati dan menasihatkan supaya tidak memakan mana-mana strawberi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain