suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bateri meletup dalam zakar! Datuk umur 73 tahun sumbat dalam kemaluan sendiri demi nak puaskan nafsu

Memasukkan objek asing ke dalam zakar boleh menyebabkan berlakunya kecederaan. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki berusia 73 tahun mengalami kecederaan selepas dia memasukkan tiga biji bateri ke dalam saluran zakarnya.

Pesara dari Australia itu terpaksa mendapatkan bantuan perubatan selepas bateri itu 'meletup' di dalam kemaluannya.

Menurut Brendan Akihiko Yanada dari Jabatan Urologi di Hospital Kesihatan Barat Footscray, lelaki itu datang ke hospital selepas 24 jam menahan kesakitan.

Imbasnya, lelaki itu mengaku memasukkan objek asing ke dalam kemaluannya untuk mendapatkan kepuasan seksual.

Dia juga mengaku pernah melakukan perbuatan sama beberapa kali, namun tidak pernah berdepan sebarang masalah sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Buah zakar pecah ketika perlawanan, pemain ragbi tetap bertahan sampai 45 minit

Selain bateri, dia pernah memasukkan wayar elektrik, kutleri dan skru logam ke dalam kemaluannya.

Semasa prosedur perubatan itu, pasukan perubatan mendapati terdapat kesan luka melecur yang meluas di bahagian hadapan saluran zakarnya.

Dia dibenarkan discaj selepas tiga hari menjalani pembedahan. - Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain